"Daripada ustaz2 sampailah ke ahli2 dalam jemaah. Tak habis2 memaki, mencela, mengutuk dan mencaci orang lain. Aku tak fikir perjuangan Rasulullah macam tu. Apa sebab lagi untuk aku terus dalam jemaah ini kalau ada jemaah lain yang turut memperjuangkan agama dengan cara yang lebih baik? Ya aku berbaiah, aku berbaiah untuk terus BERJUANG DI JALAN ALLAH SWT, BUKAN UNTUK MEMPERJUANGKAN JEMAAH. Kalau jemaah disertai oleh orang2 yang berjuang BUKAN dengan cara Rasulullah SAW, UNTUK APA AKU SETIA???"

2 notes

"Singkap sirah Rasulullah saw. Mcmn baginda berjuang. Penuh berhikmah dan berstrategi. Ini tak, nak berjuang fikir pendek macam lembu. Ikut darah panas orang muda"

1 note

"Sesetengah orang disebabkan rakan-rakan seperjuangannya sefikrah, bila mana rakan-rakannya itu melakukan kesalahan, contohnya menfitnah, mencaci dan memaki pihak lain, dia diam sahaja langsung tak berkata apa-apa. Seakan menghalalkan sahaja segala yang dilakukan rakan sefikrahnya. Tetapi bila mana pihak yang ditentang menfitnah, mencaci dan memaki, mulalah dia keluarkan segala macam hadis dan ayat-ayat Al-Quran untuk menentang. Nampakkah ada sesuatu yang tidak kena di sini? Apa sebenarnya yang kalian perjuangkan? Politik atau Agama?"

1 note

"Kerana mulut manusia mengumpul dosa."

unknown

4 notes

Aku tiada keyakinan bahawa jemaah ini yang akan bangkit satu hari nanti. Mungkin saja akan ada jemaah yang lebih baik yang akan bangkit kelak. Masakan jemaah yang di dalamnya terdapat pencaci, pemaki, pengutuk ini akan dapat bangkit membawa kebenaran pada islam. Sedangkan Sultan Muhammad Al-Fateh bangkit dan berjaya membuka Kota Konstantinopel kerana memiliki sebaik-baik askar. Apakah jemaah yang ada pencaci, pemaki, pengutuk, penfitnah ini akan bangkit membawa panji kebenaran hingga kepada kejayaan? Kalian fikirkan… 

1 note

Mereka yang tak datang ceramah @ usrah dikatakan bajet bagus, bajet dah berilmu. Apasal tak cakap dekat mereka suka menfitnah, mengutuk, mencaci, memaki tu? Sapa yang bajet bagus sekarang ni? Sapa yang bajet berilmu?

1 note

"Rasulullah SAW tak ajar berjuang dengan bercakap ikut perasaan sampai tak memikirkan perasaan orang lain."

1 note